Thursday, July 25, 2013

Perayaan Regatta Lepa


  • Bajau terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Laut bagi mereka bukan sahaja sumber rezeki tetapi turut memberikan inspirasi tersendiri kepada kehidupan.
  • Biasanya Lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai oleh 5 hingga 6 orang.
  • Lepa dalam bahasa Bajau Pantai Timur bermaksud perahu atau bot.
  • Diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk atau Seraya Merah.
  • Merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman.
  • Disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah.
  • Merupakan perayaan penting bagi suku kaum Bajau, Semporna, Sabah.
  • Antara acara nya ialah pertandingan Sambulayang (layar / perahu tercantik).

Pesta Burung Borneo










  • Diadakan setiap tahun padan bulan April
  • Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang spesies burung yang terdapat di kepulauan borneo.
  • antara acara yang diadakan pada pesta tersebut ialah Bird Race, Bird Walk Berpandu dan sebagainya.

Pesta Keamatan




  • Pesta keamatan lebih dikenali sebagai Tadau Keamatan.
  • Disambut oleh kaum kadazan sebagai meraikan tuaian baik.Juga disambut suku kaum lain di sabah.
  • Diraikan sepanjang bulan mei.
  • Kemuncaknya adalah peraduan ratu cantik atau lebih dikenali sebagai Unduk Ngadau.
  • Mereka percaya bahawa ada lima makhluk halus iaitu Kinoringan, Rusod, Koududuwo, Tombiruo, dan Rugon.
  • mereka percaya bahawa lima makhluk itu ada semangat padi yang mesti disembah sebagai Pencipta dan berkuasa memberi sumber kepada kewujudan.

Ambuyat














  • Sejenis hidangan yang berasal daripada bahgian batang dalam sagu sawit .
  • Ia bahan berkanji yang hambar sama seperti ubi kanji.
  • Dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil chandas.
  • Ambuyat boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk dan sambal.

Soto















  • Sejenis sup ayam dengan kuah yang berwarna kekuningan.
  • Antara lauk yang terdapat di dalam soto selain ayam ialah :

  1. Telur rebus
  2. Hirisan kentang
  3. Daun seledri
  4. Bawang goreng
  • Ayamnya pula sering dihidangkan bersama sambal.

Kima










  • Kima adalah sejenis kerang laut dan terdapat pelbagai spesies antaranya :
  1. Lapiran
  2. Kima bohe'
  3. Sollot-sollot
  • Dijadikan lauk dalam makanan tradisi orang bajau.
  • Boleh dimakan mentah atau dipotong kecil-kecil dan diperah dengan air limau.
  • Juga dimasak bersama sayur dan rempah ratus bergantung kepada selera seseorang.