Thursday, July 25, 2013

Perayaan Regatta Lepa


  • Bajau terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Laut bagi mereka bukan sahaja sumber rezeki tetapi turut memberikan inspirasi tersendiri kepada kehidupan.
  • Biasanya Lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai oleh 5 hingga 6 orang.
  • Lepa dalam bahasa Bajau Pantai Timur bermaksud perahu atau bot.
  • Diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk atau Seraya Merah.
  • Merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman.
  • Disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah.
  • Merupakan perayaan penting bagi suku kaum Bajau, Semporna, Sabah.
  • Antara acara nya ialah pertandingan Sambulayang (layar / perahu tercantik).

Pesta Burung Borneo










  • Diadakan setiap tahun padan bulan April
  • Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang spesies burung yang terdapat di kepulauan borneo.
  • antara acara yang diadakan pada pesta tersebut ialah Bird Race, Bird Walk Berpandu dan sebagainya.

Pesta Keamatan




  • Pesta keamatan lebih dikenali sebagai Tadau Keamatan.
  • Disambut oleh kaum kadazan sebagai meraikan tuaian baik.Juga disambut suku kaum lain di sabah.
  • Diraikan sepanjang bulan mei.
  • Kemuncaknya adalah peraduan ratu cantik atau lebih dikenali sebagai Unduk Ngadau.
  • Mereka percaya bahawa ada lima makhluk halus iaitu Kinoringan, Rusod, Koududuwo, Tombiruo, dan Rugon.
  • mereka percaya bahawa lima makhluk itu ada semangat padi yang mesti disembah sebagai Pencipta dan berkuasa memberi sumber kepada kewujudan.

Ambuyat














  • Sejenis hidangan yang berasal daripada bahgian batang dalam sagu sawit .
  • Ia bahan berkanji yang hambar sama seperti ubi kanji.
  • Dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil chandas.
  • Ambuyat boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk dan sambal.

Soto















  • Sejenis sup ayam dengan kuah yang berwarna kekuningan.
  • Antara lauk yang terdapat di dalam soto selain ayam ialah :

  1. Telur rebus
  2. Hirisan kentang
  3. Daun seledri
  4. Bawang goreng
  • Ayamnya pula sering dihidangkan bersama sambal.

Kima










  • Kima adalah sejenis kerang laut dan terdapat pelbagai spesies antaranya :
  1. Lapiran
  2. Kima bohe'
  3. Sollot-sollot
  • Dijadikan lauk dalam makanan tradisi orang bajau.
  • Boleh dimakan mentah atau dipotong kecil-kecil dan diperah dengan air limau.
  • Juga dimasak bersama sayur dan rempah ratus bergantung kepada selera seseorang.


Bugis


  • Tergolong dalam suku Deutro Melayu atau Melayu Muda.
  • Berpegang teguh dengan agama dan taat beribadah.
  • Perkahwinan ada 3 jenis iaitu:
  1. Assialang iaitu perkahwinan antara saudara sepupu darjat pertama.
  2. Assiala iaitu perkahwinan antara saudara sepupu darjat kedua.
  3. Ripaddeppe iaitu perkahwinan antara saudara sepupu darjat ketiga.
  • Tahap Perkahwinan
  1. Lettu (Peminangan)
  2. Mappetuada (Kesepakatan Pernikahan)
  3. Madduppa (Mengundang)
  4. Mappaccing (Pembersihan)
  • Mata Pencarian
  1. Sebagai petani
  2. Sebagai nelayan
  • Permainan
  1. Mattoajang (Ayunan)
  2. Mappasajang (Layang-layang)
  • Alat Muzik
  1. Kecapi
  2. Sinrili
  3. Gendang
  4. Seruling
  5. Tari Pelangi

Bajau



  • Populasi kedua terbesar selepas kadazan terbahagi lagi kepada Illanun, Sulu.
  • Pakaian tradisional mereka ialah blaus badu sempit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mendapun dan perhiasan kepala serempak.
  • Kesenian mereka pula ialah tarian Dalling-dalling Bajau dan Igal-igal Bajau dan Tarian Limbai atau Runsai.


Kadazan



  • Kaum bumi putera terbesar di sabah.
  • Terbagi lagi kepada 7 suku kaum seperti Dusun Limai, Dusun tindal, Dusun Paku ,Dusun Lutod dan sebagainya.
  • Kebanyakan tinggal di tepi pantai.
  • Kebanyakan beragama kristian.
  • Kebudayaan yang terdapat di sabah ialah Tarian Sumazau yang bertujuan memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi.
  • Pakaian tradisional mereka ialah penampang atau sinipak.

Pulau Mabul






  • Terletak di persisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia.
  • Pulaunya kecil dan berbentuk melengkung.
  • Terdapat banyak batu karang sebagai tempat pembiakn hidupan laut.
  • Pulaunya berdekatan dengan Pulau Sipadan.
  • Mempunyai kedalaman 20 hingga 30 meter yang sesuai untuk aktiviti skuba.